REFLEKSI
Posted by
Unknown
|
REFLEKSI BLOG SAYA.
Assamualaikum...
Hari ini baru dapat tahu
kena buat refleksi tentang blog yang telah saya hasilkan. Itu dapat info daripada kawan-kawan. Syukur sangat-sangat kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah pengurusan sumber yang saya hormati iaitu Puan
Haslina walaupun dibatasi masa yang begitu terhad lantaran dibebani dengan
pelbagai tugas harian.
Pada
bulan mac yang lalu, saya dan rakan-rakan seperjuangan telah diberikan satu
kerja kursus ini iaitu membuat blog tabika yang perlu disiapkan .Tugasan
ini memerlukan saya untuk membuat sebuah blog yang berkaitan dengan tabika
saya. Setelah itu, saya diminta memasukkan semua aktiviti dan pengurusan yang
melibatkan tabika.
Sehubungan
dengan itu, tugasan ini memerlukan pembacaan dan pengumpulan maklumat yang
lengkap. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya berusaha untuk
mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi dengan pensyarah
pembimbing dan juga rakan-rakan.
Sewaktu
menerima tugas ini, saya berasa sangat terbeban dan tercabar kerana pengetahuan
sedia ada saya tentang blog ini sangat sedikit. Dan hakikat yang sebenarnya
adalah saya masih belum mahir dalam membuat blog . Namun begitu, cabaran dan
halangan tidak mematahkan semangat saya bagi menghasilkan tugasan yang baik.
Akhirnya,
saya telah berjaya mendapatkan banyak maklumat daripada buku-buku rujukan di
perpustakaan, daripada rakan dan juga dari sumber internet. Adakalanya saya
menghadapi sedikit kesukaran seperti cara untuk menyalin maklumat daripada
internet. Malah kadang-kadang masalah gangguan kelajuan internet yang minimum
juga turut menyebabkan saya terganggu konsentrasi dan turut menimbulkan masalah
dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Dikesempatan
ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah pengurusan sumber saya yang banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas
ilmu yang telah puan berikan kepada kami semua. Justeru itu, segala
ilmu yang telah saya dapat hasil daripada tugasan ini akan saya gunakan dengan
sebaiknya untuk diaplikasikan kepada anak-anak murid kesayangan saya dan
berkongsi dengan ibu bapa dan orang lain.
Sekian,
terima kasih,
Subscribe to:
Posts (Atom)