RSS

REFLEKSI


REFLEKSI BLOG SAYA.

Assamualaikum...

       Hari ini baru dapat tahu kena buat refleksi tentang blog yang telah saya hasilkan. Itu dapat info daripada kawan-kawan. Syukur sangat-sangat kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah pengurusan sumber yang saya hormati iaitu Puan Haslina walaupun dibatasi masa yang begitu terhad lantaran dibebani dengan pelbagai tugas harian.

            Pada bulan mac yang lalu, saya dan rakan-rakan seperjuangan telah diberikan satu kerja kursus ini iaitu membuat blog tabika yang perlu disiapkan .Tugasan ini memerlukan saya untuk membuat sebuah blog yang berkaitan dengan tabika saya. Setelah itu, saya diminta memasukkan semua aktiviti dan pengurusan yang melibatkan tabika.

            Sehubungan dengan itu, tugasan ini memerlukan pembacaan dan pengumpulan maklumat yang lengkap. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya berusaha untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing dan juga rakan-rakan.

            Sewaktu menerima tugas ini, saya berasa sangat terbeban dan tercabar kerana pengetahuan sedia ada saya tentang blog ini sangat sedikit. Dan hakikat yang sebenarnya adalah saya masih belum mahir dalam membuat blog . Namun begitu, cabaran dan halangan tidak mematahkan semangat saya bagi menghasilkan tugasan yang baik.

            Akhirnya, saya telah berjaya mendapatkan banyak maklumat daripada buku-buku rujukan di perpustakaan, daripada rakan dan juga dari sumber internet. Adakalanya saya menghadapi sedikit kesukaran seperti cara untuk menyalin maklumat daripada internet. Malah kadang-kadang masalah gangguan kelajuan internet yang minimum juga turut menyebabkan saya terganggu konsentrasi dan turut menimbulkan masalah dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

            Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pengurusan sumber saya yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas ilmu yang telah puan berikan kepada kami semua.  Justeru itu, segala ilmu yang telah saya dapat hasil daripada tugasan ini akan saya gunakan dengan sebaiknya untuk diaplikasikan kepada anak-anak murid kesayangan saya dan berkongsi dengan ibu bapa dan orang lain.

            Sekian, terima kasih,


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Tahniah cikgu isma, good try, boleh tolong tambah pautan ke laman lain....

Post a Comment